Contact Us:

670 Lafayette Ave, Brooklyn,
NY 11216

+1 800 966 4564
+1 800 9667 4558

Facebook ads adalah salah satu cara marketing secara online, sehingga kini facebook ads tidak lagi asing dikalangan usahawan dan peniaga, akan tetapi masih ramai lagi yang belum menggunakan fb ads. Ini mungkin kerana faktor tak pandai, malas nak cuba, sales sekarang dah ok, rasa tak perlu.

Dalam zaman sekarang, marketing online adalah sangat penting dan telah ramai usahawan dan peniaga yang berjaya mengaut keuntungan sehingga jutaan ringgit tanpa melakukan offline marketing.

Antra kelebihan online marketing juga adalah syarikat anda dapat mengurangkan kos pekerja, akan tetapi ada juga kekurangannya, melakukan fb ads tidak bermaksud anda akan untung, ada kala iklan yang anda jalankan tidak berjaya dan sekaligus akan meningkatkan kos marketing.

Sehingga kini, ada beberapa online marketing yang top yang anda boleh cuba antaranya fb ads, google ads, shopee ads, instagram ads dan yang terbaru adalah tiktok ads.

Dan sehingga 2022 fb ads masih kekal relevan, ini adalah kerana, bilangan pengguna aktif atau crowd facebook yang ramai.

Jika anda pertama kali ingin buat fb ads, yang pertama adalah anda perlu sediakan kos khas untuk fb ads, kos ini perlulah dianggap sebagai kos hangus, kerana pada permulaan anda menjalankan ads, keberangkalian ads atau iklan anda tidak berjaya adalah besar kerana anda perlu mencuba beberapa kali sebelum anda berjaya jumpa setting yang sesuai untuk iklan anda.

Perniagaan apa yang sesuai buat ads?

Apa sahaja perniagaan anda boleh jalankan ads, dari produk fizikal hingga produk digital, ada premis atau tidak, tidak menjadi masalah, yang penting, anda perlu tahu setting ads anda sesuai dengan produk anda.

Untuk mahir dalam menggunakan fb ads, ia perlulah memakan masa dan memerlukan modal untuk melabur, jika anda jalankan iklan dan terus mendapat pulangan, itu adalah kejayaan yang besar.

Disini, admin ingin share cara setting fb ads 2022 yang telah disediakan oleh beberapa kita punya marketing person,

1. Dzulfaqar Hashim – Pakar Digital Marketing

Hi! My name is Dzulfaqar Hashim and I’m a consultant in Digital Marketing. I can help you to improve your BRAND and MARKET your business using DIGITAL platforms. Contact me by clicking this link https://zool.my/

2. Mamasab by Abemi

Mamasab Channel by Abemi Network. Top 1 Master Stokis Mamasab. Layari website www.mamasabbakery.com.my untuk menjadi ejen sah Mamasab

3. Danial Arif

Saya berkongsi ilmu-ilmu paid ads (Facebook Ads, Google Ads, TikTok Ads) dan pemasaran digital (digital marketing). Ilmu-ilmu yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya dalam dunia bisnes online. Saya sudah terlibat dalam dunia bisnes online secara tak rasmi pada tahun 2009 (berniaga suka-suka masa tingkatan 5) dan secara rasmi pada 2013 (mula buat bisnes guna iklan FB Ads). Misi saya adalah untuk membentuk budaya menjual menggunakan website ecommerce dalam kalangan usahawan online di Malaysia.

Baca Juga : Sistem Pengurusan Akaun + Inventori 2022

4. Syed Gaddafi

Syed Gaddafi memulakan karier beliau sebagai seorang Usahawan Online pada Tahun 2015.Produk pertama yang beliau jual melalui Online adalah Kapitz King (Satu produk makanan ringan). Pada musim perayaan pertama produk itu dilancarkan, beliau berjaya hasilkan jualan lebih dari RM120,000 sebulan.

5. Bootcamp Revolusi Online

Bootcamp Revolusi Online (BRO) oleh Firdhaus Muntazar ialah pusat pembelajaran Facebook dan Instagram Ads yang betul, tepat dan lengkap. Di BRO juga anda akan belajar tentang pemasaran social media, strategi pembangunan perniagaan dan strategi pemasaran.

Disebalik Facebook Ads

Dan suka admin ingin berpesan, dimana pesanan ini tidak ada dinyatakan dimana-mana, iaitu sebelum anda menjalankan fb ads, pastikan anda kira kos produk anda dengan baik supaya anda dapat mengaut keuntungan, anda tentu ghairah jika anda dapat menjual 200 atau lebih produk sehari atau mungkin anda boleh dapat sale sehingga RM2000, RM3000, RM5000 atau lebih dalam sehari, tapi hakikatnya anda sedang rugi!!

Aik, kenapa boleh rugi? sale RM2500 pun boleh rugi? yang pertama, sales adalah jualan dan bukan keuntungan, kat mana untung? Untung apabila sales yang diperoleh telah ditolak dengan semua kos. jadi kat mana sale RM2500 masih rugi? Ok, andaikan produk yang anda jual satu unit RM25, produk terjual adalah sebanyak 100 unit dalam sehari, dan jumlah sale adalah RM2500, untung bersih untuk satu unit andaikan RM10 dan ads yang anda jalankan sehari adalah RM1000 dan mungkin lebih atau mungkin kurang.

Maka anda boleh dapati keuntungan anda adalah RM10 x 100 unit = RM1000 dan kos ads juga adalah RM1000, jadi anda tiada untung, malah anda telah rugi masa dan tenaga, yang lebih teruk, 100 unit produk anda sudah tiada, anda sudah hilang duit untuk rolling produk.

Jadi tak hairanlah jika kita jumpa iklan produk yang lalu di wall fb kita 2-3 kali ganda lagi mahal daripada shopee atau lazada, kerana apa?kerana mereka telah menaikkan margin keuntungan untuk menampung kos fb ads.

Perkara yang paling baik adalah, kurangkan kuantiti kurangkan kos, maksudnya, kurangkan seminimum yang mungkin jualan produk untuk menampung kos, kita ambik contoh di atas, kita jual 100 produk untuk tampung RM1000 kos fb ads, jadi produk yang ke 101 dan ke atas baru lah kita punya untung, jadi kita kena kurang kan 100 ni, jadikan 100 ni semnimum yang mungkin, biasanya sy akan maksimumkan 3 prduk shj utk tampung kos, dan produk ke 4 dan ke atas adalah profit / untung.

Macam mna nak meminumkan jualan kos? naikkan margin keuntungan atau run iklan dengan bajet yang rendah, contoh jual produk A dnegan harga RM25, jadi range ads yang anda boleh buatRm20-RM50, jadi anda hanya tampung 2 produk terjual utk tampung kos, dan produk ke 3 dan ke atas adlah profit.

Kesimpulannya adalah, fb ads, cara pengiraan, formula dan setting ini adalah perkara yang subjektif, apa yang sy bgtau di atas boleh jadi betul dan mgkin tak betul, ia bukan perkra yang tetap, ia perkara yang berubah-ubah, anda hanya perlu cuba dan cuba, jika ada orang setting fb ads dan berjaya dapat sale yang banyak, dan anda tiru 100% setting fb ads itu, boleh jadi anda berjaya dan boleh jadi anda tidak berjaya.

Anda boleh gunakan formula ini, jika margin keuntungan satu produk adalah RM15 dan anda ingin menjalankan ads sebanyak RM100 sehari, maka anda perlu jual 7 unit produk sehari untuk menampung kos ads sahaja, dan jualan unit ke 8 dan seterusnya barulah anda kira sebagai untung.

Dan saya sarankan jika margin keuntungan anda RM15 dan kebawah anda tidak perlu jalankan fb ads, atau naikkan margin keuntungan anda.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *