Sistem Akaun Perniagaan Khas Untuk SME. Offer 100 Pengguna Terawal, Diskaun 32%, Jimat RM60!

Ketahui jenis perniagaan sebelum menjalankan perniagaan 2022

Sebelum memulakan perniagaan, dan nak buka akaun perniagaan, kita sebagai owner bisnes mestilah tahu undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan dah pun tetapkan beberapa entiti perniagaan dan terpulang pada kita sebagai owner bisnes untuk memilih entiti perniagaan, akan tetapi perlulah mengambil kira keadaan perniagaan kita.

Perniagaan adalah suatu entiti yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Setiap jenis entiti mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan mempunyai perbezaan dari segi penyata kewangan. Antara entiti perniagaan adalah pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat, perkongsian liabiliti terhad (PLT). Dan syarikat terbahagi kepada dua iaitu syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.

1. Pemilikan Tunggal / Enterprise

Pemilikan tunggal atau biasa dikenali dengan enterprise adalah perniagaan yang mempunyai atau dimiliki oleh seorang individu atau sesebuah perniagaan mempunyai seorang pemilik sahaja. Entiti pemilik tunggal adalah entiti yang paling ramai didaftar di Malaysia. Untuk medaftar pemilik tunggal juga mudah, anda perlu hadir ke SSM terdekat, dan boleh daftar di kaunter atau anda boleh daftar secara online.


Baca juga : Cara untuk buka SSM secara online

Kelebihan Pemilikan Tunggal / Enterprise

i. Mudah ditubuhkan

Untuk menubuhkan enterprise anda boleh lakukannnya sendiri. Anda tidak memerlukan bantuan pihak ketiga seperti setiausaha syarikat atau ejen pendaftaran.

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna di portal SSM EZBIZ. Isikan maklumat yang diperlukan dan buat pembayaran. Secara amnya permohonan anda akan diluluskan dalam 3-5 hari bekerja.

Penerangan lanjut mengenai pendaftaran SSM EZBIZ di entri berikut:DAFTAR SSM ONLINE.

ii. Kos pengurusan yang murah

Kelebihan enterprise berbanding enterprise adalah kos tahunan yang murah. Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun

A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
D. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.60 (Termasuk GST).

iii. Diyakini dan ada kredibiliti

Dengan nombor perniagaan SSM, anda akan lebih dipercayai kerana anda telah mendaftar perniagaan anda secara sah disisi undang-undang.

iv. Boleh buka akaun bank semasa

Dengan enterprise, anda sudah boleh membuka akaun perniagaan di bank. Jadi ada tidak perlu lagi menggunakan akaun personal anda. Transaksi yang terlalu banyak pada akaun personal boleh menyebabkan akaun personal anda dibekukan

v. Patuh undang-undang

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menyatakan sebarang perniagaan yang mendatangkan keuntungan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya. Anda boleh dikenakan denda sehingga RM 50,000 atau penjara 2 tahun sekiranya menyalahi akta tersebut.

vi. Satu bentu motivasi

Apabila anda telah mendaftar, maksudnya anda serious untuk berbisnes. Anda juga lebih mudah untuk mempromosikan bisnes anda berdasarkan nama pendaftaran bisnes anda. 

Kekurangan Pemilikan Tunggal / Enterprise

i. Liabiliti tidak terhad

Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.

ii. Tiada kesimbambungan

Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya 

iii. Kurang kredibiliti

 Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

iv. Kadar cukai yang tinggi

Pengiraan cukai enterprise adalah berdasarkan kadar cukai individu iaitu bermula dari 0% dan boleh naik sehingga 28%.

Nasihat admin yang pertama, jika anda ingin baru mula berniaga berseorangan, perniagaan jenis milikan tunggal / enterprise adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Ia sangat mudah diurusakan dan memang kos renew ssm setiap tahun yang murah, akan tetapi, harus diingat, perniagaan enterprise ni, anda akan terikat dengan kehidupan peribadi anda, sekiranya anda muflis, maka seluruh perkara yang peribadi berkaitan anda turut disekat, semua akaun bank anda akan dibeku, semua aset-aset anda akan dibeku, nama anda akan disenaraihitam, dan anda tidak akan dapat lari, nama anda akan ada pada semua jabatan, dan anda perlu bangkit kembali melalui perniagaan secara tunai dan melunaskan hutang-hutang anda.

Dan yang kedua, anda perlu merekod akaun anda dengan baik dan yang paling penting, anda perlu menyimpan semua resit-resit jualan, belian dan belanja, kegagalan dalam menyediakan rekod akaun untuk dihantar pada LHDN dan resit-resit akan menyebabkan anda bakal disaman! Jadi nak tak nak, anda harus displin dan istiqomah dalam mengemaskini akaun perniagaan dan menyimpan resit-resit perniagaan.

Baca juga : Sistem Pengurusan Akaun Perniagaan No.1 2022

2 thoughts on “Ketahui jenis perniagaan sebelum menjalankan perniagaan 2022

  1. A combination of cutting-edge techniques and strategic insights that propel your website to the forefront of search engine results. From on-page optimization to off-page tactics, every aspect of our formula is designed to maximize your website’s visibility and drive targeted traffic. https://bit.ly/3JKYpu5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *