Cara daftar cukai dan submit cukai (e-Filling) untuk business enterprise 2024?
1. Langkah Mendaftar Akaun Cukai LHDN
Perniagaan enterprise perlu didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dan perlu juga mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi proses pembayaran cukai.
Kali ini saya nak kongsikan cara untuk mendaftar dengan LHDN. Penting untuk anda mendaftar dengan LHDN kerana sekiranya anda tidak mendaftar dan tidak membayar cukai, Jika tertangkap anda boleh didenda sehingga 300% ke atas jumlah cukai yang dikenakan.
Proses pendaftaran cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia melibatkan beberapa langkah penting. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mendaftarkan cukai dengan LHDN:
1. Persediaan Dokumen
Pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen berikut sebelum memulakan proses pendaftaran:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) atau Passport.
- Dokumen perniagaan seperti Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM), jika anda seorang pemilik perniagaan.
- Alamat surat-menyurat dan butiran bank yang sah.
2. Mendaftar Akaun e-Daftar
Langkah pertama adalah untuk mendaftar akaun e-Daftar di portal rasmi LHDN.
- Layari laman web rasmi LHDN: https://www.hasil.gov.my
- Klik pada pautan “e-Daftar”.
- Pilih jenis pendaftaran (Individu atau Syarikat/Perniagaan).
- Ikuti arahan yang diberikan untuk mendaftar akaun baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
3. Menghantar Permohonan Pendaftaran
Setelah akaun e-Daftar anda diwujudkan:
- Log masuk ke portal e-Daftar menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Isi borang pendaftaran yang sesuai dengan status anda (individu, perniagaan, syarikat).
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semak semula maklumat yang telah diisi untuk memastikan semuanya betul.
- Hantar borang pendaftaran tersebut.
4. Pengesahan Pendaftaran
LHDN akan menyemak permohonan anda dan dokumen yang disertakan. Sekiranya permohonan lengkap dan betul, LHDN akan menghantar notifikasi pengesahan melalui email atau surat rasmi.
- Anda akan menerima nombor cukai pendapatan yang unik.
- Nombor ini perlu digunakan untuk semua urusan berkaitan cukai dengan LHDN.
5. Mengakses Akaun e-Filing
Setelah pendaftaran anda disahkan:
- Daftar akaun e-Filing di portal rasmi LHDN menggunakan nombor cukai pendapatan yang diberikan.
- Gunakan e-Filing untuk mengemukakan borang cukai pendapatan anda setiap tahun.
- Pastikan anda mengemaskini maklumat peribadi dan perniagaan anda di portal e-Filing.
6. Membuat Pembayaran Cukai
- Log masuk ke akaun e-Filing untuk melihat jumlah cukai yang perlu dibayar.
- Lakukan pembayaran melalui kaedah yang disediakan oleh LHDN, seperti perbankan internet, ATM, atau di kaunter LHDN.
2. Cara Submit Borang Cukai Perniagaan Enterprise
Ok, untuk cara submit borang cukai ni sedikit praktikal. Apa yang anda wajib ada bila nak isi borang cukai adalah Profit & Loss dan Kunci Kira-Kira (Balance Sheet). Dua laporan ni wajib ada untuk isi borang cukai.
Mana nak dapat laporan tu? Haa, laporan ni terhasil daripada rekod-rekod akaun anda selama setahun seperti rekod, jualan, belian, belanja, stok awal/akhir, penghutang & pemiutang, aset, ambilan, pendapatan lain, dan lain-lain.
Haa, pening ke? haha, kalau taknak pening, guna je sistem akaun Ezi-Akaun XLS! Sistem akaun yang direka khas untuk perniagaan enterprise! Hanya perlu masukkan rekod-rekod sperti jualan, belian, belanja dan lain-lain dalam sistem, automtik report P&L dan Kunci Kira-kira akan dibentangkan.
Nah tengok ni, ini akauntan bertauliah mengakui kemudahan Ezi-Akaun XLS ni, untuk client guna UBS (sistem advance gila, dan tak mampu digunakan oleh kebanyakan orang melainkan orang akaun sahaja itupun kena kursus), tapi untuk firma sendiri guna Ezi-Akaun XLS! haha
Berbalik cara isi borang cukai tadi, bila dah ada report P&L dan Kunci Kira-Kira maka boleh lah kita proceed ke cara isi borang cukai.
Oleh itu, saya dah sediakan rakaman webinar untuk pengguna Ezi-Akaun XLS pada May 2024, cara isi borang cukai! Tonton rakaman dibawah :
Rakaman Webinar Pengurusan Akaun X Cukai 6.0 : https://www.youtube.com/watch?v=o676dMsfqU8
#akaun #akaunperniagaan #cukai #enterprise #carasubmitborangakaun #usahawan #sistemakaun #carasubmitborangb